Akal senipis rambutnya...
WANITA...
Akal Senipis Rambutnya
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa…
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus…
Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah S.W.T.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka akan semakin liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah Zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia!
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan melihat nilaian dan
Keadilan Tuhan
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan beerti satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan
Wanita lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak
Mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah dirimu kepadaNya
Jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah
pimpinan mu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah,
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home