Berbekam...
Kesihatan yang baik adalah satu nikmat yang diinginkan oleh setiap manusia. Namun, sedar atau tidak ada di antara kita tidak pernah menghargai nikmat tersebut.. Bagi mereka yang telah kehilangan nikmat ini, pastinya hidup ini tidak sesempurna insan yang sihat. Apatah lagi kesakitan itu hadir di saat waktu-waktu penting bagi anda..Misalnya ketika menduduki peperiksaan, ketika ada temujanji dan terpaksa pula dibatalkan, atau ketika hari anda mempunyai temuduga kerja…
Setiap penyakit ada ubatnya, cuma menuntut kesabaran yang tinggi…
RASULULLAH s.a.w. bersabda: Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam. (Riwayat Ahmad). Proses mengeluarkan darah kotor melalui kaedah berbekam adalah diharuskan dalam Islam kerana ia bersifat satu sunah untuk mengubati penyakit.
Dalam analisis para ulama, Nabi berbekam di tengkuk berdasarkan kepada punca dan tempat penyakit dikesan. Malah terdapat sebuah hadis daripada Sahih Bukhari, Baginda bersabda: Berbekam di kepala…
Diriwayatkan daripada Aasim bin Umar Ibnu Qatadah katanya, Sesungguhnya Jabir bin Abdullah menjenguk Al-Muqanna' yang sedang sakit kepala, kemudian berkata: Aku tidak pulang sebelum engkau mahu berbekam, kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya di samping berbekam itu ada pengubatnya.
Tradisi perubatan itu diterima dalam beberapa tamadun dan ia amat popular di kalangan masyarakat Cina. Di China misalnya, mereka menggunakan alatan seperti buluh. Ini menunjukkan, bekam adalah satu kaedah perubatan yang bersifat global dan tidak terhad di kalangan umat Islam sahaja.
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Buhainah, Nabi Muhammad s.a.w. berbekam di bahagian tengah kepala ketika Baginda berada di sebuah tempat menuju ke Kota Mekah, walaupun baginda dalam keadaan berihram.
Berdasarkan kepada amalan perubatan Islam, Rasulullah s.a.w. menyarankan tiga kaedah mengubati penyakit seperti yang terkandung dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda: Kiranya ada suatu perubahan yang lebih baik dari kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas.
Sabda baginda lagi yang maksudnya: Kesembuhan itu terdapat pada tiga cara: minum madu, pisau pembekam dan alat pengangus dan aku melarang umatku membakar dengan besi panas. (Riwayat Bukhari).
Pernahkah anda mencuba kaedah ini? Ataupun ahli keluarga anda pernah melakukannya. Kongsilah pengalaman bersama pembaca dengan meninggalkan komen kepada artikel ini..(apeapeaajee - Nasiha Abdul Rashid)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home