Program “Belia Sayang Nyawa”, Sesaat Terleka Selamanya Merana.
![](http://photos1.blogger.com/blogger/6706/2056/200/5.jpg)
![](http://photos1.blogger.com/blogger/6706/2056/200/4.jpg)
![](http://photos1.blogger.com/blogger/6706/2056/200/3.jpg)
![](http://photos1.blogger.com/blogger/6706/2056/200/2.0.jpg)
![](http://photos1.blogger.com/blogger/6706/2056/200/1.jpg)
---------.......----------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------Program“Belia Sayang Nyawa”,Sesaat Terleka Selamanya Merana adalah satu program yang dianjurkan oleh pelajar Perhubungan Awam CCA2073, Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, dengan kerjasama Kelab Northern Scootz.
Program sehari yang berlangsung di Dataran Menara Alor Star ini meninggalkan seribu kenangan manis buat saya…pada pagi 25 Mac 2006, kami tiba di lokasi dan masing-masing sibuk menjalankan tugas bagi memastikan perjalanan program adalah lancar.
Program ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato’ Seri Mahdzir b. Khalid.
Ceramah keselamatan jalan raya disampaikan oleh pegawai trafik IPD Alor Star. Sebelum ceramah diadakan, para penonton dihiburkan dengan persembahan tarian moden oleh mahasiswi Universiti Utara Malaysia. Aturcara berikutnya adalah persembahan deklamasi sajak yang bertemakan keselamatan pengguna di jalan raya.
Pertandingan skuter pada sebelah petang menggamit orang ramai untuk singgah dan sekaligus memeriahkan program ini. Saya sungguh mengagumi keunikan skuter yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Pelbagai bentuk dan warna yang sangat manarik…
Rasa-rasanya pengadil sendiri sukar untuk memilih juara di antara mereka. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda gambar-gambar skuter yang telah saya rakam…
menarik bukan?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home