Wednesday, August 23, 2006

bicara hati..


assalamualaikum...
bertemu kembali,sekali lagi ingin aku coretkan kata hati buat tatapan sahabat..juga sekadar mengurangkan resah di hati.cinta...aha memang cinta hadir tanpa kita duga.aku sendiri tak pasti kenapa aku menyintainya.tiada jawapan untuk pertanyaan itu. terasa ingin disayangi dan dimanja..tapi itu mungkin hanya impian kosong tatkala rasa cinta menguasai diri.benar kata pujangga,cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan.bagi diriku, cinta pada dirinya wujud dalam diam..saat bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara maka dalam tidak sedar nada cinta dan rindu itu beralun mengikut rentak hati.


Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan yang diberi pada hati yang memerlukan.andai cinta tidak kesampaian,jangan sesekali kita sesali..Cinta adlah anugerah kurniaan Ilahi, mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kita tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kita kepadanya.

Kata ibu..seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan...

salam sayang buatmu.. :-) are

2 Comments:

At 9:27 AM, Blogger Khalis Imran said...

erm, cik nasiha kita nie jambu gok yek.. hehehehehe.. setuju kalau kata 'cinta yg menyebabkan kita bersemangat unt hidup'.. huh!! =)

 
At 12:16 PM, Blogger ShoEin said...

assalammualikum..
salam perkenalan...
sebenarnya secara tidak sengaja termasuk blog nih.. menarik apa yg di perkata anda mengenai 'cinta'.. sy bkn pujangga si penghurai erti cinta.. tp apa yg dpt diperkatakan tentang cinta ialah cinta hakiki cinta ilahi...
wasalam...

 

Post a Comment

<< Home