Saturday, January 21, 2006

Akal senipis rambutnya...

WANITA...
Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?

Namun Adam tetap rindukan Hawa…

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus…
Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah S.W.T.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka akan semakin liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah Zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia!
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan melihat nilaian dan
Keadilan Tuhan
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan beerti satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan
Wanita lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak
Mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah dirimu kepadaNya
Jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah
pimpinan mu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah,
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.


Sunday, January 15, 2006

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
-----------------------
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
-----------------------
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
Melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/ barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
-----------------------
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)
Iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
--------------
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
---------------------------------------------
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
---------------------
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu
Sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Tuesday, January 03, 2006

welcome..


sELaMat daTaNg kE bLoGG SaYEr...





1 cute bears 4u..
-I-
` . . `
( . 0 . )
(") (")