Sunday, May 13, 2007

kedamaian..

Hati meruntun bila kerinduan menerpa di hati.. Terbayang zaman sekolahku yang riang. Terbayang satu persatu wajah teman2 yang bersama-samaku, mencorak warna-warna keriangan. Terbayang wajah ibu yang menyediakan sarapan pagi buatku. Terasa sejuk tangan ibu bila dikucup olehku. Setiap pagi, aku mengayuh basikal ke sekolah. Kulalui jalan raya, kiri kanannya sawah hijau yang sangat menenangkan.. Dingin angin sawah menyusup ke hatiku. Burung yang berkicauan seolah2 berlagu riang, seriang hatiku pada setiap pagi itu.. Di sinilah ku miliki kedamaian yang sukar dilupakan. Inilah anugerah Tuhan pada anak desa sepertiku.. Ku rindukan cahaya si kunang-kunang. Pelita hiasan pada gelap malam. Kujua rindu pada bintang nan bersinar dan bergemerlapan. Indah bintang kerana ditemani sang rambulan penerang alam. Betapa sangat setianya si bulan, walau berubah bentuk dan saiz jika dilihat dari jauh, namun hakikatnya bulan sangat setia.. Akulah insan yang paling bahagia, saat wajah rembulan kutatap dengan senyuman, tanda ku mensyukuri anugerah ini. Saat-saat bahagia ini tak mungkin pudar dalam ingatanku.. Kuharap bahagia ini akan terus bersemi buat selamanya..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home