Dosa Mengumpat
From: Cikgu E-ONE
message: Dosa Mengumpat
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang
lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat
separti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah
apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat
Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau
menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang
mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat,
ia boleh disamakan seperti memakan daging saudara
seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan
daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa
yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun
pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang
yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan,
maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada
mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa
daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak
akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang
yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan
Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka
ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan
dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan
mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara
yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada
dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman
dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan
hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada
dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar
pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan
dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api
memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah
atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu
kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat
seorang terkejut besar apabila melihat catatan
amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai
Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala)
orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak
ada lagi untuk diberikan kepada orang yang
diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah
dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita
wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir
supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
2 Comments:
Howdy!
Salam..nak copy artikel ni letak dalam blog saya ek! http://wanwma.com/blog
Post a Comment
<< Home