Natasya...
![](http://photos1.blogger.com/blogger/6706/2056/400/f4.jpg)
NATASYA...
Slot drama bersiri Natasya yang disiarkan TV3 mencatatkan rating yang tinggi..
Drama yang disiarkan setiap Selasa jam 9 mlm ini mendapat tempat di hati penonton pelbagai bangsa di Malaysia..
Berbeza dengan drama-drama biasa, Natasya adalah satu cerita yang sarat dengan nilai pengajaran kepada penonton.
Watak-watak dalam cerita ini berjaya mencuri hati penonton untuk terus setia sehingga ke episod akhir.
Seperti cerita bawang putih bawang merah, hasad dengki menyebabkan hancurnya kemesraan dan kasih sayang keluarga.
Apabila nafsu menguasai diri, sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan hati..sanggup pula mengkhianati darah daging sendiri.
Kepada peminat-peminat drama Natasya, ambillah pengajaran daripada cerita tersebut, semaikan kasih-sayang yang berpanjangan antara sesama manusia..jauhi dendam dan hasad dengki yang meracun fikiran..
Hidup ini indah jika kita saling menyayangi..
(apeapeaajee-Nasiha Abdul Rashid)